KOKURIKULUM SAMTTAJ

Kejayaan SAMTTAJ juga tampak hebat dalam kokurikulum dibawah unit beruniform apabila telah diangkat menjadi johan Pertandingan Kawad Kaki KRS lelaki & perempuan peringkat negeri tahun 2016 dan melayakkan pasukan Kawad Kaki KRS lelaki dan perempuan SAMTTAJ mara ke peringkat kebangsaan dan berjaya mendapat tempat no.3. 

Pada tahun 2016, pasukan Forum Remaja SAMTTAJ berjaya ke peringkat kebangsaan dan mendapat no.3.Yang terbaru,SAMTTAJ berjaya menjadi JOHAN di dalam pertandingan MAHRAJAN DIKIR ARAB 2018 di peringkat kebangsaan.

SAMTTAJ terus mengorak langkah pada tahun 2019 dengan telah dinobatkan sebagai JOHAN dalam PETANDINGAN SENI MUZIK CEMPULING peringkat negeri. Pasukan KRS SAMTTAJ semakin menyinar setelah memenangi 3 petandingan kawad kaki pada tahun 2019 serta 2 orang pelajar mereka memperoleh pangkat pegawai waran 1 kebangsaan. Kini, SAMTTAJ terus gah dan berjaya dalam pelbagai aspek termasuk akademik dan kokurikulum sehingga ke persada dunia.

 
.