PENGENALAN SAMTTAJ

Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah atau nama ringkasnya SAMTTAJ UNGGUL merupakan sebuah Sekolah Agama Menengah SABK (SAM) yang terletak di Persiaran Bandar Raya ,Seksyen 11.

Pada 2018, Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah memiliki seramai 856 orang murid. Ia mempunyai seramai 40+ orang guru.

PengetuaSejak ditubuhkan, SAMTTAJ telah diterajui oleh beberapa orang pengetua iaitu:
  • 1983-1986: Ustaz Haji Mohd. Adanan B. Isman
  • 1989-1993: Ustaz Haji Mohd. Yunus B. Abdul Hamid
  • 1993-1996: Ustaz Haji Samsuddin B. Sidek
  • 1996-1997: Ustaz Haji Salbini B. Haji Ismail
  • 1997-1998: Ustaz Haji Muzir bin Haji Arshad
  • 1999-2004: Ustaz Ahmad Bustamam B. Haji Abdul Latiff
  • 2004-2007: Ustazah Hjh. Siti Mureseh Bt. Md. Yatim
  • 2008-2011: Puan Asmawati Bt. Ahmad Ishak
  • 2011-2014: Puan Ramlah Bt. Mahmood
  • 2014-2018: Tn. Hj. Hashim Fahmi b. Hj.Ahmad Shauki
  • 2018-2019 :Tuan Nurul Amali bin Hj. Mohd Shamsudin
  • 2019- 25 Mac 2023 : Tn. Hj. Hashim Fahmi b. Hj. Ahmad Shauki
  • 2023- kini: Tn. Hj. Muhammad Noor bin Ismail
 

JENIS SEKOLAH

Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah Atau Dikenali Sebagai SAMTTAJ UNGGUL Merupakan Sebuah Sekolah Yang Mempraktikkan Pendidikan Agama Islam Dan Academy. Selain Itu, SAMTTAJ Juga Merupakan Sebuah Sekolah Kerajaan Ataupun Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.

 

LATAR BELAKANG

Bahagian ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. Sila bantu dalam memperbaiki bahagian ini dengan menambahkan rujukan ke sumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dan dipadam. (Ketahui cara dan masa untuk membuang pesanan templat ini)
Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah (SAMTTAJ) ialah sebuah sekolah agama menengah di Seksyen 11, Shah Alam, Selangor, Malaysia. Dibina pada 30 Ogos 1982, idea untuk penubuhan SAMTTAJ pada asalnya dicetuskan oleh Datuk Haji Mokhtar Salleh, Penolong Pengarah di Bahagian Pelajaran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Pembinaan SAMTTAJ melibatkan kawasan seluas 5.76 hektar dan menelan belanja sebanyak RM10,642,650. Sekolah ini mempunyai prasarana yang lengkap, menjadikannya sekolah yang diiktiraf sebagai sekolah sains.

 

PENCAPAIAN

Bahagian ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. Sila bantu dalam memperbaiki bahagian ini dengan menambahkan rujukan ke sumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dan dipadam. (Ketahui cara dan masa untuk membuang pesanan templat ini)
Sejak ditubuhkan, SAMTTAJ telah berjaya mencapai beberapa kejayaan dalam akademik dan kokurikulum. Antaranya ialah kejayaan pasukan nasyid sekolah (Ijtihad) pada tahun 2008 yang mendapat johan dalam pertandingan MTQ dan KAMIL. Pada tahun 2003, SAMTTAJ telah mencipta sejarah apabila mencapai keputusan yang amat cemerlang dalam PMR. Seramai 40 orang telah berjaya memperoleh 9A. Namun, rekod sekolah tersebut telah berjaya dipecahkan pada tahun 2007 apabila seramai 41 orang calon P.M.R. SAMTTAJ berjaya mencapai 9A dalam peperiksaan PMR 2007.

Pada tahun 2009, rekod tersebut dipecahkan lagi apabila seramai 50 orang pelajar berjaya mencapai 9A dalam PMR. Pada tahun 2009, SAMTTAJ juga telah dinobatkan sebagai antara sekolah SABK yang terbaik bagi tahun 2009. Baru-baru ini, SAMTTAJ menjadi sekolah terbaik di Malaysia dan SAMTTAJ antara sekolah yang cemerlang dalam STAM 2016. Kini, SAMTTAJ semakin gah dengan kejayaan dalam pelbagai aspek seperti akademik dan kokurikulum. Pencapaian terbaik SAMTTAJ adalah apabila SAMTTAJ dinobatkan johan dalam Pertandingan Debat Bahasa Arab di IIUM peringkat Kebangsaan serta johan dalam Pertandingan Syarahan Bahasa Arab MIISMAM dan mendapat johan dalam pertandingan Singapore and Asian School Math Olympiad (SASMO) peringkat antarabangsa di Singapura.

Bukan itu sahaja, kejayaan SAMTTAJ juga tampak hebat dalam kokurikulum dibawah unit beruniform apabila telah diangkat menjadi johan Pertandingan Kawad Kaki KRS lelaki & perempuan peringkat negeri tahun 2016 dan melayakkan pasukan Kawad Kaki KRS lelaki dan perempuan SAMTTAJ mara ke peringkat kebangsaan dan berjaya mendapat tempat no.3. Pada tahun 2016, pasukan Forum Remaja SAMTTAJ berjaya ke peringkat kebangsaan dan mendapat no.3.Yang terbaru,SAMTTAJ berjaya menjadi JOHAN di dalam pertandingan MAHRAJAN DIKIR ARAB 2018 di peringkat kebangsaan.SAMTTAJ terus mengorak langkah pada tahun 2019 dengan telah dinobatkan sebagai JOHAN dalam PETANDINGAN SENI MUZIK CEMPULING peringkat negeri. Pasukan KRS SAMTTAJ semakin menyinar setelah memenangi 3 petandingan kawad kaki pada tahun 2019 serta 2 orang pelajar mereka memperoleh pangkat pegawai waran 1 kebangsaan. Kini, SAMTTAJ terus gah dan berjaya dalam pelbagai aspek termasuk akademik dan kokurikulum sehingga ke persada dunia.