KURIKULUM

SAMTTAJ telah mencipta sejarah apabila mencapai keputusan yang amat cemerlang dalam PMR. Seramai 40 orang telah berjaya memperoleh 9A. Namun, rekod sekolah tersebut telah berjaya dipecahkan pada tahun 2007 apabila seramai 41 orang calon P.M.R. SAMTTAJ berjaya mencapai 9A dalam peperiksaan PMR 2007.

Pada tahun 2009, rekod tersebut dipecahkan lagi apabila seramai 50 orang pelajar berjaya mencapai 9A dalam PMR. Pada tahun 2009, SAMTTAJ juga telah dinobatkan sebagai antara sekolah SABK yang terbaik bagi tahun 2009. Baru-baru ini, SAMTTAJ menjadi sekolah terbaik di Malaysia dan SAMTTAJ antara sekolah yang cemerlang dalam STAM 2016. Kini, SAMTTAJ semakin gah dengan kejayaan dalam pelbagai aspek seperti akademik dan kokurikulum. Pencapaian terbaik SAMTTAJ adalah apabila SAMTTAJ dinobatkan johan dalam Pertandingan Debat Bahasa Arab di IIUM peringkat Kebangsaan serta johan dalam Pertandingan Syarahan Bahasa Arab MIISMAM dan mendapat johan dalam pertandingan Singapore and Asian School Math Olympiad (SASMO) peringkat antarabangsa di Singapura.

 

PELAKSANAAN

Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P) SAMTTAJ Hendaklah Menggunapakai Kurikulum Dan Buku Teks Yang Diperakukan Oleh JAKIM dan KPM.

WAKTU MINIMA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

  • Waktu Minima Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P) Sekolah Ialah Tiga Puluh Enam Jam Sebulan Sebagaimana Yang Dinyatakan Dalam Borang K Jadual.
  • Agensi Bertanggungjawab Hendaklah Memastikan Semua Sekolah Mematuhi Waktu Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P) Sebagaimana Yang Ditetapkan.

BUKU TEKS 

  • Pelaksanaan SAMTTAJ Hendaklah Menggunakan Buku Teks  Yang Diterbitkan Oleh Penerbit Yang Mendapat Perakuan Daripada JAKIM & KPM.
 

BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)

  • Ahli Jawatankuasa SAMTTAJ Peringkat Sekolah Boleh Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) Dengan Cara Yang Difikirkan Munasabah Tetapi Hendaklah Tertakluk Kepada Apa-Apa Peraturan Kewangan Yang Sedang Berkuat Kuasa.
 
 

 

UJIAN PENILAIAN BULANAN DAN PENGGAL

Ujian Penilaian Bulanan Dan Penggal Sekolah Hendaklah Diadakan Dan Diselaraskan Oleh Pihak Sekolah.

UJIAN PENILAIAN KELAS (UPK)

  • Ujian Penilaian Kelas  (UPK) Hendaklah Dilaksanakan Oleh Pihak Sekolah.

UJIAN PENILAIAN KELAS (UPK)

  • Ujian Penilaian Kelas (UPK) Wajib Diduduki Oleh Murid Tingkatan 1  Dan Hendaklah Mengikut Apa-Apa Garis Panduan Yang Ditetapkan Oleh JAKIM Dari Semasa Ke Semasa.
  • Kertas Ujian Dan Skema Pemarkahan Ujian Penilaian Kelas (UPK) Hendaklah Disediakan Oleh Panel Yang Ditetapkan Oleh JAKM Dan Hendaklah Digunapakai Oleh Agensi Bertanggungjawab.