SYARAT KEMASUKAN SAMTAJJ

Syarat utama kemasukan ke Sekolah Agama Menengah (SAM) Negeri Selangor

Wajib lulus Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) minimum 80% (Jaiyid Jiddan). Pemilihan pelajar berdasarkan peratus diputuskan sepenuhnya oleh  JAIS. Pihak sekolah hanya menerima senarai nama pelajar yang diserahkan oleh pihak JAIS.

 
 

 

PERMOHONAN KEMASUKAN

Cara untuk memohon masuk ke sekolah Agama Menengah (SAM) Negeri Selangor.

Berikut Adalah Beberapa Cara Permohon:

  • Borang permohonan boleh didapati di semua Sekolah Rendah Agama (SRA),Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI),Kelas Agama dan Fardhu Ain Integrasi (KAFA Integrasi), Sekolah Rendah Islam Persendirian (SRI) dan sekolah yang ada mengambil Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) Negeri Selangor atau di pejabat agama islam daerah yang Berdekatan.
  • Borang permohonan ke sekolah Agama Menengah (SAM) yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke Unit Pendidikan Islam (UPI), Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) untuk diproses.
SAMTTAR tidak ada mengeluarkan sebarang borang permohonan.

 

PERMOHONAN TINGKATAN ENAM (STAM)

Permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam Sijil Tinggi Agama Menengah (STAM)

Berikut Adalah Permohonan Tingkatan Enam Sijil Tinggi Agama Menengah (STAM) :

  • Sekiranya pemohon merupakan murid Sekolah-sekolah Agama Menengah Kerajaan Negeri Selangor boleh mendaftar melalui sekolah masing-masing menggunakan borang yang diedarkan ke sekolah-sekolah.
  • Sekiranya pemohon adalah dari luar (bukan murid SAM/SAMT) boleh mendaftar menggunakan borang yang boleh diperolehi melalui Portal Pendidikan JAIS; https//: pendidikan.jais.gov.my atau boleh diperoleh dari Pejabat-pejabat Agama Islam Daerah (Unit Pendidikan Islam) atau di Bahagian Pendidikan Islam, Ibu Pejabat JAIS.
 

 

TAHRIK PENDAFTARAN DAN TAWARAN KEMASUKAN

Tarikh pendaftaran dan tawaran kemasukan belajar di Tingkatan Enam Sijil Tinggi Agama Menengah (STAM)

Tingkatan Enam Sijil Tinggi Agama Menengah (STAM):

  • Pendaftaran boleh dibuat mulai Bulan Mei dan ditutup pada Julai setiap tahun. Tawaran akan mula dikeluarkan dalam bulan September dan mereka yang tidak mendapat tawaran atau maklumbalas selepas bulan September adalah dianggap tidak berjaya.