KEMPEN JOM BAYAR SUMBANGAN (YURAN) PIBG SAMTTAJ Sesi 2024/2025 

KEMPEN JOM BAYAR SUMBANGAN (YURAN) PIBG SAMTTAJ Sesi 2024/2025  
(Sesi persekolahan sehingga Februari 2025)    
    
Kutipan sumbangan (Yuran) PIBG SAMTTAJ dilakukan adalah untuk memastikan program-program kecemerlangan sahsiah dan akademik pelajar dapat dilaksanakan seperti yang dirancang dan proses baikpulih kerosakan dapat dilaksanakan bagi memastikan keselesaan pelajar ketika berada di sekolah.  
  
PIBG SAMTTAJ menetapkan tempoh akhir bayaran Sumbangan (Yuran) PIBG adalah sehingga   30 Jun 2024.  
  
Surat peringatan akan dikeluarkan mulai Julai 2024 bagi yang belum menjelaskannya.    
    
Pembayaran sumbangan (Yuran) PIBG SAMTTAJ diawal tahun sangat diperlukan kerana banyak aktiviti/program yang dijalankan pada waktu tersebut, kelewatan pembayaran sumbangan (yuran) tersebut sedikit sebanyak membantutkan kerancakkan aktiviti/program yang dirancang.    
    
Bagi yang kurang berkemampuan untuk membayar yuran tersebut sekali gus, boleh bayar secara ansuran atau hubungi Bendahari PIBG, En. Ali Zakri di aplikasi WhatsApp wa.me/+601127209733 (Isnin-Jumaat : 7.30 pagi - 4.30 petang kecuali cuti umum)    
    
“Sumbangan (Yuran) PIBG untuk Keunggulan Anak-anak SAMTTAJ”    
    
  
A. Alir Pembayaran Sumbangan (Yuran) PIBG SAMTTAJ secara Online Transfer melalui website Toyyibpay :   
    
1. Klik link berikut : https://linktr.ee/pibgsamttaj  
  
2. Pilih : Website Pembayaran Yuran Sekolah & PIBG SAMTTAJ Tahun 2024  
  
3. Pilih Kategori pelajar asrama / berulang, tingkatan dan jantina anak Tuan/Puan.  
  
4. Isi maklumat yang diminta di ruangan yang disediakan.  
  
5. Pilih perbankan elektronik Tuan/Puan dan buat pembayaran secara atas talian melalui website toyyibpay (FPX) dan click Proceed untuk membuat bayaran.  
  
6. Resit bayaran toyyibpay akan dihantar ke email/telefon yang didaftarkan.  
  
                 ATAU  
  
B. Alir bagi Pemindahan Secara Atas Talian (Online transfer) / Deposit Tunai di CDM / Deposit Tunai di kaunter Bank Islam   
  
1. Nama Akaun : PIBG SAMTTTAJ   
Nombor Akaun Bank Islam (BIMB) : 12038010151815   
  
2. Serahkan bukti/slip pembayaran kepada bendahari PIBG SAMTTAJ melalui aplikasi WhatsApp (click link)  >>>  WhatappsBuktiPembayaran  
  
3. Bendahari mengeluarkan Resit Rasmi PIBG SAMTTAJ.   
  
  
Kadar Kutipan Sumbangan (Yuran )   

PIBG  RM150 *per keluarga  
Majalah  RM15 *per keluarga 
Penyelenggaraan Sekolah RM50  
Penyelenggaraan Asrama  RM50    
Kokurikulum  RM65  
KKSU Ting.1 & 2 RM150    
KKSU Ting3, 4 & 5 RM200    
KKSU Ting. 6 RM250    
Sanitary Bin RM25 *Perempuan Sahaja

       
Jumlah  Bagi Murid Berulang   

Tingkatan Lelaki Perempuan
1 & 2 RM 430.00 RM 455.00
3, 4 & 5 RM 480.00 RM 505.00
6 RM 530.00 RM 555.00


Jumlah Bagi Murid Asrama  

Tingkatan Lelaki Perempuan
1 & 2 RM 480.00 RM 505.00
3, 4 & 5 RM 530.00 RM 555.00
6 RM 580.00 RM 605.00