UJIAN PENILAIAN SEKOLAH 

Ujian Penilaian Kelas (UPK) Atau Lebih Dikenali Dengan UPK Merupakan Peperiksaan Yang Dilaksanakan Kepada Murid Yang Menggunakan Sukatan Pelajaran Kurikulum JAKIM & KPM.

SUBJEK UPK :
  • Ulum Syariah (Akidah Dan Ibadah)
  • Sirah
  • Jawi Dan Khat
  • Adab ( Akhlak Islamiah)
  • Lughatul Quran
  • Penghayatan Cara Hidup Islam
  • Amali Solat
  • Bidang Al-Quran
 

UJIAN PENILAIAN BULANAN DAN PENGGAL

Ujian Penilaian Bulanan Dan Penggal Hendaklah Diadakan Dan Diselaraskan Oleh Pihak Sekolah.

UJIAN PENILAIAN KELAS  (UPK)

  • Ujian Penilaian Kelas (UPK) Hendaklah Dilaksanakan Oleh Pihak Sekolah.
  • Ujian Penilaian Kelas (UPK) Wajib Diduduki Oleh Murid Dan Hendaklah Mengikut Apa-Apa Garis Panduan Yang Ditetapkan Oleh JAKIM & KPM Dari Semasa Ke Semasa.
  • Kertas Ujian Dan Skema Pemarkahan Ujian Penilaian Kelas (UPK) Hendaklah Disediakan Oleh Panel Yang Ditetapkan Oleh JAKIM & KPM Serta Hendaklah Digunapakai Oleh Agensi Bertanggungjawab.

BIDANG-BIDANG YANG DINILAI :

  • Al-Quran.
  • Ulum Syariah (Aqidah Dan Ibadah).
  • Sirah.
  • Adab (Akhlak Islamiyah).
  • Jawi Dan Khat.
  • Asas Lughatul Quran.
  • Penghayatan Cara Hidup Islam.
  • Amali Solat.

SYARAT KELAYAKAN :

  • Mengikuti Kelas Sekurang-Kurangnya Tiga Tahun.
  • Murid Tingkatan 1 And  3.
  • Berdaftar Untuk Menduduki Ujian Penilaian Kelas (UPK).

SIJIL UJIAN PENILAIAN KELAS (UPK)

  • Sijil Ujian Penilaian Kelas (UPK) Hendaklah Dikeluarkan Oleh JAKIM & KPM.
  • Sijil Ujian Penilaian Kelas (UPK) Hanya Diberi Kepada Calon-Calon Yang Menduduki Sekurang-Kurangnya Lima Mata Pelajaran Yang Dinilai.
  • Agensi Bertanggungjawab Di Negeri-Negeri Hendaklah Mengawalselia Sijil-Sijil Yang Akan Dikeluarkan Kepada Calon-Calon Yang Layak.
  • Bayaran Penggubal Kertas Soalan, Pemeriksa Kertas Jawapan, Ketua Dan Pengawas Peperiksaan UPKK Hendaklah Dibayar Berdasarkan Kelulusan Kementerian Kewangan.