MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI

Matlamat Sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri Adalah Untuk Membentuk Murid Yang mempunyai Ciri Generasi Yang Mencintai Hari Kebesaran Islam. Disamping Itu Juga, Ia Bertujuan Untuk Menerapkan Dan Menghayati Nilai-Nilai Murni, Serta Bertanggungjawab Dalam Menjalani Kehidupan Yang Lebih Mencabar Sebagai Anak Yang Soleh Dan Soleha Kepada Ibu Bapa Mereka.

OBJEKTIF :
  • Membentuk Sahsiah Diri Yang Tinggi Dan Mengamalkan Nilai-Nilai Murni Dalam Kehidupan Seharian.
  • Menanamkan Dan Memupuk Minat Mencintai Hari Kebesaran Islam.
  • Mengamalkan Cara Hidup Yang Baik Dengan Bermaafan-Maafan Dan Menghormati Antara Satu Sama Lain.
 

 

MAJLIS HARI RAYA AIDIL ADHA

Hari Raya Aidiladha Atau Hari Raya Haji Merupakan Perayaan Yang Dirayakan Diseluruh Dunia. Ia Adalah Perayaan Terbesar Di Dalam Islam Selain Aidilfitri Yang Disambut pada Setiap 1 Syawal. Aidiladha Disambut Pada Hari Ke Sepuluh, Sebelas, Dua Belas Dan Tiga Belas Bulan Zulhijjah Setiap Tahun. 

Bermula Dengan Takbir Aidiladha Pada Malam 10 Zulhijjah, Diikuti Dengan Solat Sunat Aidiladha Serta Khutbah Aidiladha Di Pagi 10 Zulhijjah, Sambutan Diikuti Dengan Ibadah Korban  Yang Boleh Dilakukan Samada Pada 10 atau 11 Atau 12  Atau Siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha Adalah Perayaan Yang Istimewa Kerana Ia Merupakan Hari Untuk Umat Islam Memperingati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim Dalam Menunaikan Perintah Allah Dan Ke-Sabaran Anaknya Nabi Ismail Dalam Memenuhi Perintah Allah S.W.T.

Selain Itu, Salah Satu Keistimewaan Aidiladha Dan Hari Tasyrik Ialah Ibadat Korban. Ibadat Korban Ini Hanya Bolah  Dilakukan Dalam Empat Hari Iaitu Bermula Waktu Selepas Khatib Menyampaikan Khutbah Aidiladha Sehingga Sebelum Tenggelam Matahari Padahari Ke-13 Zulhijah.

 

 

MAJLIS HARI GURU

Hari Guru Di Malaysia Disambut Pada 16 Mei Setiap Tahun Sebagai Penghargaan Kepada Para Guru. Tarikh Ini Dipilih Sebagai Hari Guru Bagi Memperingati Peristiwa Yang Berlaku Pada 16 Mei 1956 Iaitu Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) Telah Menerima Cadangan-Cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report Of The Education Committee) Sebagai Dasar Pelajaran Bagi Negara Malaysia. Dokumen Tersebut Yang Dikenali Sebagai Laporan Razak (Razak Report) Telah Menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan Semenjak Itu.

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU JAIS:
  • Seramai 604 Orang Guru Telah Diraikan Sempena Sambutan Hari Guru Dan Apresiasi Guru JAIS Tahun 2019 Mengikut Kategori Masing-Masing.
  • Guru Telah Menerima Hadiah Dan Sijil Anugerah 25 Tahun Dan Perkhidmatan Cemerlang Guru.
  • 10 Buah Sekolah Telah Menerima Hadiah Dan Sijil Aungerah Sekolah Cemerlang Mengikut Kategori Masing-Masing.
 

 

MAJLIS HARI KEMERDEKAAN

Hari Kemerdekaan Malaysia, Juga Dikenali Sebagai Hari Kebangsaan Atau Hari Merdeka, Disambut Di Seluruh Malaysia Pada Setiap 31 Ogos Setiap Tahun Bagi Menandakan Negara Bebas Daripada Belenggu Penjajahan Sejak 1782 Sehingga Tahun 1957. Hari Kebangsaan Merupakan Peristiwa Utama Dan Disambut Secara Besar-Besaran Dengan Mengadakan Perarakan Warna Warni, Nyanyian, Pertunjukan Pentas, Pertandingan Dan Pelbagai Lagi Pertunjukan Yang Diadakan Di Tempat-Tempat Yang Ditetapkan Setiap Tahun.

Kemeriahan Hari Kebangsaan Dapat Dirasakan Bermula Menjelangnya Pukul 12.00 Malam Di Mana Bunga Api Yang Berwarna-Warni Bergemerlapan Di Udara. Begitu Juga Acara Perbarisan Yang Diwakili Oleh Pelbagai Agensi Turut Diadakan Bagi Memeriahkan Lagi Suasana Hari Tersebut. Hari Kebangsaan Disambut Paling Meriah Di Kuala Lumpur Terutama Di Dataran Merdeka.

Sambutan Hari Kebangsaan Secara Besar-Besaran Juga Dibuat Di Putrajaya. Bangunan- Bangunan Perniagaan, Rumah Kediaman Dan Kereta-Kereta Akan Memasang Dan Mengibarkan Bendera Malaysia, Jalur Gemilang, Dan Ini Menyemarakkan Lagi Suasana Perayaan. Hari Kebangsaan Merupakan Hari Cuti Umum Di Malaysia.

 

 

MAJLIS MAULIDUR RASUL

Maulidur Rasul (Jawi: مولد الرسول) Atau Maulud Nabi Muhammad Saw (مولود نبي محمد ﷺ) Ialah Hari Keputeraan Nabi Muhammad, Nabi Terakhir Yang Diutus Oleh Allah Dalam Islam. Hari Ini Jatuh Pada Hari Ke-12 Bulan Rabiulawal (Bulan Ketiga) Dalam Takwim Hijrah, Atau Dalam Takwim Masihi, Isnin, 20 April 571 M. Tapak Keputeraan Baginda Pula Kini Mempunyai Satu Bangunan Kecil Yang Dikenali Sebagai Maulid Nabi.

Setiap Tahun Pada Hari Itu, Umat Islam Di Seluruh Dunia Akan Mengadakan Majlis Memperingati Keputeraan Nabi Muhammad Saw Dengan Mengadakan Beberapa Acara Seperti Perarakan, Ceramah Dan Sebagainya.

Sejarah Maulidur Rasul Bermula Sejak Zaman Awal Islam, Ketika Sebilangan Tabi'In Mula Mengadakan Penganjuran Nyanyian Syair Dan Lagu Terhadap Rasulullah.[2] Penguasa Islam Pertama Yang Diduga Menyambut Maulidur Rasul Secara Rasmi Ialah Muzaffar Al-Din Gökböri (630 H/1233 M).[3] Pihak Uthmaniyah Mengisytiharnya Sebagai Sambutan Rasmi Pada 1588,[4] Dikenali Sebagai Mevlid Kandil.[5]